Tanda Dan Kesan Gangguan

Gejala-Gejala Gangguan Jin Pada Manusia

1) Gejala pada waktu tidur

  • Susah tidur malam. Iaitu tidak boleh tidur walaupun mata dah mengantuk kecuali selepas bersusah-payah untuk tidur.
  • Susah nak bangun. Iaitu kebanyakan masa dihabiskan dengan tidur sehingga susah untuk melakukan ibadah-ibadah yang sepatutnya.
  • Cemas, sering terjaga pada waktu malam tanpa sebab yang munasabah.
  • Mimpi buruk, mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya, kemudian rasa nak menjerit meminta tolong tapi suara seperti tidak dapat keluar.
  • Mimpi melihat pelbagai binatang, contohnya kucing, anjing, tikus, kuda, monyet, harimau, serigala dan lain-lain.
  • Bunyi gigi geraham bergesel ketika sedang tidur.
  • Ketawa, menangis, menjerit dan bercakap sendiri ketika sedang tidur.
  • Mimpi seolah-olah terjatuh dari tempat tinggi.
  • Berdiri dan berjalan dalam keadaan tidur dan tanpa sedar.
  • Mimpi berada di kawasan perkuburan, atau di dalam kubur, tempat yang kotor atau jalan yang mengerikan.
  • Mimpi melihat orang yang pelik, contohnya seperti tinggi sekali, pendek sekali, putih sekali atau hitam sekali.
  • Mimpi yang sangat menakutkan seperti mimpi melihat hantu.
  • Mimpi seseorang yang sama berkali-kali dan rasa ingin berjumpa dengan orang tersebut.
  • Mimpi seakan-akan ditindih dengan benda yang sangat berat sehingga susah untuk melepaskan diri.
  • Berdengkur dengan sangat kuat dan keras suaranya.
  • Mimpi melihat atau bertemu dengan ahli keluarga yang sudah mati, atau melihat mayat.
  • Mimpi terjadi sesuatu peristiwa dan keesokannya berlaku peristiwa yang sama seperti dalam mimpi.

2) Gejala pada waktu terjaga.

  • Sering was-was/ketakutan.
  • Suka marah-marah atau emosi tak dapat dikawal.
  • Dorongan yang kuat untuk melakukan maksiat.
  • Rasa lesu dan malas sangat nak beribadah.
  • Susah sangat nak khusyuk dalam solat. Contohnya susah nak ingat dah berapa rakaat dalam solat.
  • Suka berkhayal, termenung dan menyendiri.
  • Selalu pening kepala tanpa ada penyebabnya.
  • Selalu lalai dalam berzikir, meninggalkan atau melambatkan solat dan amalan yang lain.
  • Fikiran selalu runsing, selalu rasa sedih tnpa sebab, jantung berdebar-debar tanpa sebab.
  • Merasakan seperti diikut oleh seseorang, mengejar ingin membunuh/mengancam, merasa akan kedatangan seseorang, rasa seperti akan dilamar oleh seseorang, rasa seperti ada seseorang ajak bersembang, mendengar bisikan-bisikan agar melakukan sesuatu yang jahat (membunuh, memperkosa/bersetubuh dengan anggota keluarga, memukul bunuh diri dan sebagainya).
  • Sering terdengar seperti ada seseorang memangil nama.
  • Sering tercium bau wangian atau bau yang busuk.
  • Melihat seolah-olah benda-benda di sekeliling bergerak, berputar dan sebagainya.
  • Melakukan tindakan-tindakan yang pelik tanpa disedari.
  • Secara tiba-tiba dapat meramal dan mengetahui apa yang akan terjadi.
  • Cemas dan takut yang berlebihan.
  • Melihat makhluk halus atau dapat merasakan kehadiran makhluk halus tersebut.
  • Rasa sakit pada salah satu anggota badan, tetapi bila dilakukan pemeriksaan semuanya normal.

Baiklah, tanda-tanda yang saya kongsikan di atas adalah sebahagian dari tanda-tanda gangguan jin. Masih banyak lagi tanda-tandanya.

Cara mengenali gangguan jin sangat beragam, namun secara umumnya kita dapat mengenalinya melalui mimpi, keadaan tubuh badan, perasaan/mental, keadaan rumah, latar belakang keluarga, bahkan dari wajah orang yang ada gangguan tersebut.