MASALAH RAWATAN PERANTARAAN JIN(1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ramai yang di antara manusia zaman sekarang menghidap sakit dan penyakit, sama ada secara sakit medis atau bukan medis(sihir,santau dan sebagainya)

Masalah ini sangat banyak melibatkan masyarakat di Nusantara ini, ramai yang masih tertanya-tanya tentang hukumannya. Di sini akan menerangkan secara ringkas dan umum.

Antara ulamak yang tidak mengharuskan seseorang meminta pertolongan dari jin ialah Syeikh Zubaydi seperti yang tersebut di dalam kitab Itharf al Sadah al Muttaqin, beliau berpendapat:

Dan tidak harus bertoling dengan jin pada menyempurnakan segala hajatnya dan menjunjung suruhannya dan mengambil khabarnya dengan sesuatu yang ghaib-ghaib dan seumpama demikian itu”

Larangan ini disebabkan oleh terbawanya seseorang yang meminta pertolongan jin itu keoada perkara-perkara mungkar seperti rasa menghormati dan membesarkan jin, membenarkan arahan dan perbuatan jin, merendah diri yang keterlaluan kepada jin dan berlaku perkara yang menyalahi adat lalu di sangkakan seseorang itu wali dan kerapkali manusia menjadi takbur kerana mendapat pertolongan dari jin.

Menurutnya(Syeikh Zubaydi) lagi , pertolongan jin menjadi faktor penting yang menyesatkan manusia. Oleh itu perkara ini di tolak demi menjaga keutamaan menolak kemudaratan.

*gambar Hiasan.

Leave a comment